p/s: banyak lagi nak cakap tapi nantilah, terima kasih syamimi sebab lepak semalam :)
Sunday, August 14, 2011
PENGERTIAN
Kehidupan mengajar kita segalanya untuk menjadi seorang yang berguna dalam hidup di dunia dan di akhirat. Pengalaman mengajar kita segala galanya untuk bersedia menghadapi cabaran, tidak guna bersedih kerana semuanya telah tertulis dan telah dirancang oleh ALLAH. Walaupun segala yang kita rancang tidak seperti yang kita inginkan kita perlu redha dan hadapinya dengan penuh sabar kerana semua itu dugaan dari ALLAH untuk melihat bagaimana kita menghadapi cabaran darinya. Semua cabaran yang datang dari memanglah amat pahit namun jika kita hadapinya dengan sabar insyaallah kita akan hadapinya dengan hati yang terbuka. 'tidak semuanya manis dalam hidup ini' kalau manis je masalah la dunia ni semua orang takda masalah, semua yang jadi ialah untuk seimbangkan kehidupan kita supaya nampak adil di mata semua manusia, bukan semua yang kaya gembira, bukan semua yang kekurangan merana. Kadang kadang orang yang serbba kekurangan lebih gembira dari orang kerana kebahgiaan bukan datang dari duit,pangkat ataupun perempuan tapi dari ALLAH dan usaha dari diri sendiri. Kawan juga banyak membantu kerana sokongan mereka juga menjadikan kita lebih bersemangat menghadapi cabaran. Tanpa kawan mungkin kita akan sedih sorang-sorang, cakap dengan dinding sorang sorang, menangis sorang sorang. terima kasih semua kawan kawan jasa mu akan ku kenang.
Saturday, June 11, 2011
SETELAH SEKIAN LAMA
setelah sekian lama tidak menabur idea menulis ataupun lebih manis lagi menetype blog post hari ni aku kembali dengan satu post yang baru.. banyak yang aku rancang untuk masa depan dan harap harap semua akan berjalan dengan lancar termasuk kawin masa umur 27.. hehehehe.. *ni bukan gatal eh tapi ni lah umur wajib kahwin* :P.. setelah bertungkus lumus menjawab exam sekarang aku bercuti dengan harapan yang tinggi untuk merehatkan diri.. harap harap semua akan berjalan seperti dirancang insyaallah :)
P/S: selamat bercuti kawan kawan :D
Thursday, June 2, 2011
Monday, May 23, 2011
TAK SUKA APEHAL?
tak suka aku wall post dengan perempuan.. yang kau terhegeh hegeh jadi model aku okay je.. lepas tu nak kata aku xberubah lah apelah.. fikirlah!!
Wednesday, May 11, 2011
Monday, May 9, 2011
BUANG SEGALA PERASAAN HIBA
Perasaan kembali terganggu, emosi kembali terjejas kerana membaca blog seseorang yang pernah aku sayang dan benda yang paling mengejutkan banyak post tentang aku(tapi dia dah delete).. OHH!! serious aku cakap aku still sayang dia tapi tak tau la.. masalah still akan menjadi masalah dan bila dah meludah tak kan nak jilat balik kan so biarkan dia dengan dunia dia dan aku dengan dunia aku.. Harap harap semua akan kembali seperti biasa. :/
Friday, April 29, 2011
HAPPY BIRTHDAY KAWAN
HAPPY BIRTHDAY WAN AMALINA YG SEDANG BELAJAR DEKAT MESIR.. :)
SEMOGA SIHAT SELALU :)
Tuesday, April 26, 2011
HARAPAN ATAU PERHATIAN 1
Ni lagi satu cerita betul tp ada skit tokok tambah untuk menarik perhatian korang semua la..
Benda ni selalu jadi dekat lelaki la, dia dah layan mmg kaw kaw la satu perempuan ni and perempuan ni pun membalas dgn kaw kaw blk layanan lelaki tu but tambah lagi dgn extra layanan contoh *sayang,love,<3 n pelbagai lagi* sampai lelaki tu dah rasa mmg perempuan tu dia dah berjaya ayat la.. Korang nampak tak permainan si perempuan ni? okay aku terang by point la..
- si perempuan melayan lelaki yg melayan dia.
- si perempuan memberi kata2 yg boleh merangsang hati si lelaki.
- si perempuan memberi harapan setinggi gunung dekat si lelaki.
okay sekarang mesti korang dah nmpk kan??? so dekat sini kita nampak HARAPAN telah timbul dalam hati si lelaki dan dia akan merasakan sayang kepada si perempuan itu.. permainan si perempuan amat mudah memberi HARAPAN untuk PERHATIAN.. PERHATIAN ni untuk memastikan kedudukan dan kepentingan si perempuan itu dekat lelaki tu.. Tapi bila kepentingan dekat lelaki tu dah takda or lelaki tu dah start meluahkan perasaan dekat perempuan tu, mulalah dialog seperti ini keluar dr mulut perempuan tu:
- i sayang u as kawan je
- i xnak rosakkan hubungan kita sebab u kawan baik i
- i tak rasa macam u rasa
Masa tu barulah si lelaki sedar yg dia telah di pergunakan untuk PERHATIAN dan yg si lelaki dapat hanyalah HARAPAN yg palsu.. so lelaki buatlah keputusan yg bijak kerana kita mampu mengubahnya :)
conclusion: ni bukan untuk jatuhkan perempuan tp ni di tujukan untuk perempuan yg mcm ni.. harap harap banyak perempuan baik di luar sana :) (kadang2 lelaki pun buat bnda yg sama tp as penulis blog yg berjantina lelaki saya harus menegakkan kaum adam tp perempuan lelaki sama je)
jangan marah :P
DI MANA KEADILAN DUNIA
SAYA ANTI JUSTIN BIEBER!! (tp lagu dia boleh tahan la)
TOLONG LAH BAWAK THE STROKES DATANG MALAYSIA AND STOP BAWAK ARTIST GAY
conclusion: TOLONGLAH BG THE STROKES DTG MALAYSIA.. HEHE..
Monday, April 25, 2011
TANDA TANYA
Perasaan kadang-kadang susah nak faham, sekejap macam menyampah, sekejap macam rindu, sekejap macam sayang.. Pelik!! tapi seriously memang I rindu U, and I cakap je benci but in my heart always ada U and sayang U eventho I tau I xkan dapat apa-apa dari U.. I dah cuba macam-macam nak lupakan u but yang I dapat rindu dekat U lagi kuat.. I try enjoy with friends semua but mesti ada U dalam my mind.. Tapi U jangan risau sebab sayang yg I rasa xsekuat sayang I dekat U masa awal2 dulu so maybe bagi I sikit lagi masa n I akan lupakan U..hmm
I just hope yang U happy sekarang with ur life n goodluck with ur exam..I will always be here for U macam I promise dulu n I akan pegang my promise semua.. jangan risau I xkan cari U dah, tengok U happy dari jauh pun I dah happy sngt.. I akan doakan yg terbaik untuk U..
conclusion: I miss U but I xrasa nak U so I dah boleh takda U.. U happy I pun happy insyaallah :)
(just meluahkan perasaan rindu je takda maksud apa2 pun)
IMPIAN ATAU KENYATAAN
OHHH!! masih confuse dengan diri sendiri and kerjaya untuk meneruskan hidup nanti :/
still tak tau nak decide nak terus ikut impian or kenyataan sekarang.. If kerjaya ikut impian memang puas hati but kenyataan nya impian tu still jauh dekat depan.. Sekarang pun still study and tinggal one year nak habis but maybe got an interview on january next year untuk mencapai impian.. haihh.. :/
IMPIAN :D

KENYATAAN :)
KENYATAAN: STUDY TO BE AN OFFSHORE ENGINEERING.
IMPIAN: PILOT AND TERUS TERBANG DI LANGIT :D
Sunday, April 24, 2011
TERUK :/
HAAAIHHH!! semua benda serba tak kena, dah la tak tidur nak siapkan assignment but kena reject :/ main futsal tak sampai 10min injured coz kena tendang dekat peha.. terukkk :/
conclusion: 'hidup ini memang palat, tapi esok harap harap tak palat macam hari ni'
Saturday, April 23, 2011
Sedar Dan Berdoa
Sesuatu hubungan 'CINTA' memang susah nak jaga and kena ada satu chemistry yg kuat dari kedua dua belah pihak lagi lagi if jauh.. Kebanyakan hubungan mmg tak kan lama coz maybe salah sendiri,salah gf/bf or salah dua dua.. Tapi kehilangan seseorang yg kita sayang bukanlah satu bnda yg berat sbenarnya, lain la mak korang ke yg hilang atau family korang.. ala!! punya la berlambak lagi ikan dekat luar sana pilih je kot.. klau suka kurus n kecik ikan bilis ada, klau suka gemuk2 berair n berbulu ikan buntal ada.. So korang kena adapt bnda ni as pengalaman hidup untuk cabaran yg akan datang.. If bnda sama jadi dekat korang atleast korang dah sedia kan?? so xdela nak sedih menonggeng.. HAHA.. 'Sadness will bring u down' so be happy biarkan yg lepas korang teruskan je hidup.. enjoy ur life dengan orang yg lebih sayang kan korang.. 'mengharap kepada sesuatu yg kita sendiri tau kita takkan dapat' just buat kita lagi sedih, baik enjoy dengan kawan, pegi holiday n macam2 lagi la.. Sebagai islam ALLAH kan ada, korang doa je bnyk2 INSYALLAH ALLAH dgr doa korang n korang akan okay sebab semua yg jadi ada hikmah nya, segala yg baik dan cabaran datang dari ALLAH so sedar dan banyak kan berdoa.. If ada jodoh xkan kemana INSYAALLAH so if sayang truskan berdoa tapi ingat korang still nak bnda yg sama jadi dekat korang dengan sebab yg sama?? so xsalah truskan life, mmg rasa macam sedih sikit tapi INSYAALLAH korang okay.. 'Lepaskan yg terbaik untuk yg lebih baik' maksudnya walaupun ex bf/gf korang baik tp akan ada yg lebih baik lagi INSYAALLAH.. pengalaman mengajar kita untuk lebih dewasa n bersedia, so jadikan bnda ni as semangat untuk korang berjaya..
conclusion: sedar lah n truskan life korang 'kejar lah future korang' sebab bukan ex gf/bf korang yg akan buat korang berjaya tp diri korang sendiri.. :)
MIMI IF KAU BACA JANGAN LA SEDIH LAGI EH?? AKU ALWAYS ADA UNTUK KAU N DOA YANG TERBAIK UNTUK KAU :)
L.O.V.E
Di petang yg dingin dan berangin sepasang kekasih sedang berdua duaan tanpa mengira sesiapa di sekeliling mereka..
lelaki: sayang lawa la sayang hari ni?
perempuan: yeke? thanks :)
lelaki: sayang.. do u love me?
perempuan: baby! ofcourse i do..:)
lelaki: wahh!! berapa banyak berapa banyak?
perempuan: banyak sangat macam bintang dekat langit tp xtermasuk satelit tau..
lelaki: tipu lahh!! mane syg tau bintang dekat langit banyak??
perempuan: tau laaaahhh!!
lelaki: tp yg i tengok dkt langit bintang kejap bnyk kejap skit..
perempuan: haaa!! sama la macam love i kat u..
lelaki: kenapa pulak?
perempuan: yela if i keluar dgn u my love mmg la bnyk dekat u, if esk i keluar dgn saidon my love dkt dia la bnyk pulak..
lelaki: u ada lelaki lain??
perempuan: bukan lelaki eh!! tapi boyfriend.. sharing is caring sayang..
conclusion: jangan percaya perempuan macam ni :/ haihhh!!
Tuduhan Ketidak Warasan Seorang Wanita
Ni bukan nak jatuh kan wanita or apa2 ni just nak menyuarakan pandangan je.. HEHE..
Di antara faktor faktor menunjukkan wanita ni tidak waras(dari pandangan semua lelaki):
1. Meletakkan standard standard berlainan terhadap lelaki.. (tp betul jugak kan siapa nak kawin dgn mat rempit, gelap masa depan.. yela mana tak nya belum kawin dah jd janda sebab laki mati sangkut bawah lori sebab merempit)
2. Hanya melihat kekayaan sahaja.. (tp betul jugak kan siapa nak kawin dgn penagih or penganggur kan memang lepas kawin bagi anak bini makan besi katil la)
3. Pilih paras rupa.. (tp betul jugak kan siapa nak kawin dgn lelaki yg muka pecah karang malam pertama tutup lampu dah berlari2 si isteri ingtkan hantu dlm bilik)
4. Memilih pekerjaan seorang lelaki.. (tp betul jugak kan kalau suami dia kerja dekat indah water macam mana nak berlagak dengan jiran jiran, yelah karang cakap kerja indah water mesti jiran ingt 'suami kau jadi penyedut sisa kumbahan ke' kan dah malu)
conclusion: sebenarnya lelaki, perempuan sama je DUA DUA nak menang.. Tapi sebenarnya DUA DUA tak boleh memilih sebab kebahgiaan datang nya dari ALLAH dan bukan nya faktor2 di atas.. :P
Kehidupan Seorang Pelajar Dan Hamba ALLAH
Assalammualaikum kepada semua :P tujuan aku tulis blog ini hanyalah untuk berkongsi idea dan cerita atau lebih sedap lagi berkongsi pengalaman, aku bukan nya pembawa ajaran sesat atau apa2 yg sewaktu dgn sesat2 ni.. HAHA.. aku pun baru perasan if jadi student ni macam malas je nak buat semua benda, nak bangun malas, nak solat malas, nak basuh baju malas, klau boleh mandi pun nak suruh kawan mandikan..HAHA.. tapi as muslim kita ingat tuhan atleast sembahyang la.. aku pun kadang2 redah gak tidur dari pagi sampai ke malam dah macam mayat hidup dah aku..HAHA.. just tulah belajar,belajar jugak n solat,solat jugak.. so if lepas ni dekat mana2 tempat korang ada tabligh ikut lah sebab xrugi kot, atleast dapat dekatkan diri dengan ALLAH kan.. Aku pun tak sempurna dan ada kekurangan jadi sama2 lah kita menegur apa yg kurang dan apa yg melebih2!! :)
conclusion: sbenarnya saja merepek untuk post 1st ni tapi tulah *sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyang kan* :P
Subscribe to:
Comments (Atom)
