Sunday, August 14, 2011

PENGERTIAN

Kehidupan mengajar kita segalanya untuk menjadi seorang yang berguna dalam hidup di dunia dan di akhirat. Pengalaman mengajar kita segala galanya untuk bersedia menghadapi cabaran, tidak guna bersedih kerana semuanya telah tertulis dan telah dirancang oleh ALLAH. Walaupun segala yang kita rancang tidak seperti yang kita inginkan kita perlu redha dan hadapinya dengan penuh sabar kerana semua itu dugaan dari ALLAH untuk melihat bagaimana kita menghadapi cabaran darinya. Semua cabaran yang datang dari memanglah amat pahit namun jika kita hadapinya dengan sabar insyaallah kita akan hadapinya dengan hati yang terbuka. 'tidak semuanya manis dalam hidup ini' kalau manis je masalah la dunia ni semua orang takda masalah, semua yang jadi ialah untuk seimbangkan kehidupan kita supaya nampak adil di mata semua manusia, bukan semua yang kaya gembira, bukan semua yang kekurangan merana. Kadang kadang orang yang serbba kekurangan lebih gembira dari orang kerana kebahgiaan bukan datang dari duit,pangkat ataupun perempuan tapi dari ALLAH dan usaha dari diri sendiri. Kawan juga banyak membantu kerana sokongan mereka juga menjadikan kita lebih bersemangat menghadapi cabaran. Tanpa kawan mungkin kita akan sedih sorang-sorang, cakap dengan dinding sorang sorang, menangis sorang sorang. terima kasih semua kawan kawan jasa mu akan ku kenang.

p/s: banyak lagi nak cakap tapi nantilah, terima kasih syamimi sebab lepak semalam :)

1 comment: